Perkataan El-Nino mungkin sudah tidak asing lagi bagi anda semua. Bagaimanapun ramai antara kita juga sering terkeliru antara El-Nino dan La-Nina. El-Nino sebenarnya merujuk kepada suhu panas kering manakala La-Nina kepada suhu yang lembap, hujan dan banjir. Jika anda masih ingat, kehadiran El-Nino atau dalam bahasa Sepanyol di gelar 'si anak kecil' pada 1997 dan 1998 serta tahun-tahun sebelumnya iaitu pada 1982 dan 1983 telah menyebabkan dunia secara keseluruhannya berada dalam ketidaktentuan dan sering diancam bencana alam yang tidak putus-putus.El Nino yang berlaku pada 1997 dan 1998 yang dikatakan paling buruk berlaku sejak 150 tahun lalu. Di negara kita, keadaan panas terik dengan jumlah hujan yang minimum mengheret kita kepada krisis air terburuk, selain kerugian berjuta-juta ringgit akibat tanaman yang tidak menjadi. El-Nino juga memusnahkan plankton yang merupakan sumber makanan utama hidupan laut yang seterusnya menjejaskan pendapatan industri perikanan di negara ini. Masalah jerebu akibat kebakaran hutan di Indonesia kerana cuaca kering memburukkan keadaan dan membawa kepada pelbagai penyakit pernafasan.
Fenomena El-Nino merupakan fenomena yang berlaku pada setiap tiga hingga tujuh tahun di mana arus perairan lautan yang panas akan menggantikan arus perairan yang lazimnya sejuk di luar Pantai Peru, Amerika Selatan. Pemanasan ini merangkumi kawasan yang lebih luas yang meliputi Lutan Pasifik Tengah dan Lutan Pasifik Timur. Fenomena ini mempunyai kaitan dengan keadaan cuaca luar biasa di kawasan – kawasan berlainan di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Keadaan yang lebih kering daripada normal berlaku di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia manakala di bahagian Lautan Pasifik tengah dan timur berhampiran Khatulistiwa mengalami keadaan lembap yang luar biasa.
Semasa tempoh El-Nino berlaku, perairan yang lebih panas di Pasifik tengah dan timur akan membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada ruangan atmosfera yang terdekat. Keadaan ini mendorong pergerakan ke atas yang kuat dan seterusnya merendahkan tekanan permukaan di kawasan tersebut.Udara lembap yang naik akan terpeluwap lalu membentuk awan ribut dan hujan lebat di kawasan tersebut. Keadan ini menyebabkan tekanan atmosfera akan meningkat dan menyebabkan cuaca yang lebih kering di bahagian barat Pasifik termasulah Negara Malaysia.
Secara lazimnya, El Nino berlaku untuk tempoh 9 ke 18 bulan. Biasanya ia mula terbentuk pada awal tahun, berada dikemuncak pada akhir tahun dan menjadi lemah pada awal tahun yang berikutnya. El Nino yang mempunyai keamatan yang sama tidak semestinya menghasilkan corak iklim yang sama.
Sejak 50 tahun kebelakangan ini, El Nino telah berlaku sebanyak 12 kali di Malaysia. Dua kejadian El Nino yang terkuat pada abad yang lalu berlaku pada 1982-1983 dan 1997-1998. Jadual berikut menyenaraikan tahun-tahun di mana El Nino berlaku.
1951-1952 | 1953-1954 | 1957-1958 | 1965-1966 |
1969-1970 | 1972-1973 | 1977-1978 | 1982-1983 |
1986-1987 | 1991-1992 | 1994-1995 | 1997-1998 |
Kekerapan berlakunya La Nina adalah kurang jika dibandingkan dengan El Nino. Tahun-tahun di mana La Nina berlaku adalah disenaraikan di bawah:
1950-1951 | 1955-1956 | 1970-1971 | 1973-1974 |
1975-1976 | 1988-1989 | 1998-2000 | |

Gambarajah (a) menunjukkan keadaan biasa di mana tekanan tinggi berlaku di kawasan Tenggara Pasifik dan tekanan rendah pula berlaku di kawasan berhampiran dengan Indonesia telah menyebabkan berlaku aliran angin yang kuat di sepanjang garisan Khatulistiwa. Aliran angin inimenyebabkan suhu lautan di bahagian timur fasifikmenjadi sejuk manakala suhu lautan di bahagian barat pasifik masih kekal panas. Pergerakan angin ini adalah sebahagian daripada sirkulasi udara yang disebut sebagai Sirkulasi Walker yang menyebabkan bahagian Barat Pasifik alami hujan lebat dan di bahagian Timur pasifik pula mengalami keadaan kering. Apabila pergerakan angin ini agak kuat, maka suhu air laut di sepanjang garisan Khatulistiwa di bahagian timur Pasifikmenjadi sejuk dan fenomena ini disebut sebagai La Nina.
Gambarajah (b) menunjukkan tekanan atmosfera menurun di bahagian timur Pasifik dan menaik di bahagian Timur Pasifik. Perbezaan tekanan menyebabkan pergerakan angin berlaku pada arah yang bertentangan dan melalui kawasan Lautan Pasifik yang luas menuju ke bahagian barat Amerika Selatan dan menyebabkan hujan lebat di Peru, Ecuador dan amerika Tengah. Dalam masa yang sama, Indonesia mengalami keadaan kering dan fenomena ini disebut sebagai El Nino.

Imej satelit NOAA yang menunjukkan keadaan suhu lautan ketika berlakunya fenomena El Nino pada bulan Disember 1997. Suhu lautan yang panas ditunjukkan dengan warna merah yang berhampiran dengan Pantai Barat Amerika Selatan. Manakala bagi Fenomena La Nina yang berlaku pada bulan Disember 1998 pula memperlihatkan suhu laut yang sejuk menganjur dari timur pasifik hingga ke bahagian tengah Pasifik. Kesan daripadanya menyebabkan kawasan barat Pasifik mengalami hujan yang lebih kerap daripada biasa sepertimana yang dialami pada ketika ini.

Gambarajah di atas menunjukkan Ocean Nino Index (ONI) dimana ia diwakili dengan variasi min suhu permukaan lautan Pasifik antara latitude 5° Utara ke 5° Selatan dan longitude 120° Barat ke 170° Barat. Warna merah menunjukkan kejadian El Nino dan warna Biru menunjukkan kejadian La Nina. Kejadian panas dan sejuk ini hanya boleh dikatakan berlaku jika nilai indeksnya lebih dari 0.5. Jika nilai indeksnya antara 0.5 hingga 0.9 maka ianya dikategorikan sebagai lemah, indeks 1.0 hingga 1.4 pula ialah mencirikan fenomena yang sederhana dan jika indeksnya melebihi nilai 1.5 maka boleh dikatakan ENSO yang kuat berlaku, seperti yang dialami pada tahun 1997/1998.

RUJUKAN
Rusly Musa. 2000. Koleksi Esei – Esei Popular Geografi. Selangor. Federal Publication Sdn. Bhd.
Mohd. Ekhwan Hj. Toriman. 2007. Geografi Alam Sekitar. Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ahrens, C.D. 2009. Meteorology Today: An Introduction To Weather, Climate And the Environment (9th Edition). Belment, CA: Books/Cale.
http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=73&Itemid=99999999&limit=1&limitstart=1 (Diakses pada 4 Ogos 2010)
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=483610 (Diakses pada 4 Ogos 2010)
http://norsaritanaini.com/ (Diakses pada 6 Ogos 2010)
No comments:
Post a Comment