Implikasi Pemanasan Global Terhadap Manusia
Implikasi pemanasan global terhadap kehidupan manusia merangkumi beberapa aspek iaitu kesihatan, kegiatan ekonomi, sosial dan keperluan biodiversiti.
Kesihatan
Melalui fenomena pemanasan global, manusia terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan. Antara masalah kesihatan yang dihadapi oleh manusia ialah terdedah kepada kenser kulit dan penyakit ketarak. Kulit dan mata manusia mudah terdedah kepada sinaran matahari kerana malakukan kerja harian. Jika dalam keadaan yang normal, atmosfera bumi dapat menahan 95% sinaran ultra unggu yang sampai ke mukabumi. Namun, pada masa kini, bumi menghadapi penipisan lapisan ozon yang pesat. Hal ini menyebabkan manusia terdedah kepada cuaca yang terlampau panas dan sinar radiasi ultra unggu hasil daripada penipisan lapisan ozon dan menyebabkan sel kulit dan kronea pada mata manusia rosak. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan kematian manusia iaitu sekitar 29 orang di Paris, Perancis pada Julai 2006 dan dilaporkan juga sepanjang 2003, sekurang-kurangnya 15 ribu orang maut di Perancis dan 20 ribu orang lagi di Itali akibat serangan penyakit yang dikaitkan dengan cuaca panas yang melampau.(Zurin M.Zain, 2007:12)
Selain penyakit kenser kulit dan ketarak, akibat fenomena pemanasan global juga manusia terdedah kepada penyakit penyakit paru obstruktif yang kronik. Hal ini disebabkan cuaca yang terlalu panas akibat pemanasan global. Rata-rata suhu di dunia meningkat sebanyak 0.8o celcius. Namun, di beberapa tempat, suhu meningkat telampau tinggi dan menyebabkan kawasan yang bertekanan rendah. Angin mudah terbetuk dengan adanya perbezaan tekanan iaitu angin bergerak dari kawasan bertekanan tinggi ke kawasan bertekanan rendah. Tiupan angin kencang yang membawa udara yang kering menyebabkan berlaku percikan api dan akhirnya berlaku kebakaran hutan. Kebakaran hutan menyebabkan timbulnya asap tebal memenuhi ruangan udara. Debu halus dan pelbagai gas menyebabkan manusia gangguan penafasan iaitu asma dan lebih teruk lagi menyebabkan penyakit paru obseftif yang kronik. Selain itu, asap tersebut membawa racun dioksin menimbulkan kenser paru-paru dan gangguan kehamilan. Fenomena jerebu juga turut menyumbangkan kepada berlakunya kenser paru-paru dan penyakit paru obstraktif yang kronik. Fenomena jerebu terbentuk apabila habuk dan patikel terampai terlalu banyak di udara menyebabkan ganguan kesihatan seperti batuk kering kepada manusia.
Fenomena pemanasan global juga boleh menyebabkan manusia terdedah kepada penyakit demam denggi berdarah, demam kuning,malaria dan demam chikungunya. Penyakit tersebut disebabkan oleh udara yang panas dan lembab yang menjadi habitat paling digemari oleh nyamuk terutama nyamuk jenis anopheles, aedes dan aegypti. Nyamuk jenis ini merupakan penyebar parasit meleria dan virus denggi. Jika duhulu, nyamuk tersebut hanya kerap muncul pada perubahan musim hujan dan musim kemarau, namun kini nyamuk tersebut menyerang hampir kesemua musim sepanjang tahun. Fenomena suhu bumi yang lebih panas dapat memendekkan kitaran hidup nyamuk dan mengurangkan tempoh matang kuman yang ada di dalam nyamuk. Oleh yang demikian, manusia akan lebih terdedah kepada jangkian penyakit yang dibawa oleh nyamuk.
Selain itu, akibat daripada pemanasan global juga manusia terdedah dengan masalah kesihatan iaitu cirit-birit. Pemanasan global menyebabkan pola hujan yang tidak stabil. Hal ini mempengaruhi penyebaran mikroorganisme penyebar penyakit. Hujan dikatakan dapat menyebabkan air tercemar disebabkan ia membawa bahan kumbahan manusia dan haiwan ke sungai dan menyebabkan sungai tercemar dan membentuk habitat mikroorganisma pencemar. Air sungai merupakan punca utama bekalan air untuk kegunaan manusia. Jesteru itu, manusia mudah berjangkit dengan penyakit cirit-birit melalui organisma yang dikaitkan dengan penyakit tersebut iaitu kriptospordium, giardia dan e-coli. Kajian pada tahun 2006 menunjukkan Sungai Klang, Selangor mempunyai tahap e-coli yang tinggi disebabkan pencemaran najis khinzir akibat kandang ternakan khinzir yang berdekatan kawasan tersebut. Selain itu, penyakit cirit birit dikaikan dengan fenomena banjir yang menyebabkan sistem air tercemar. Hal ini menyebabkan manusia tidak mendapat bekalan air bersih dan menyebabkan mudah dijangkiti sakit perut dan cirit-birit.
Ekonomi
Pemanasan global memberi impak kepada aktiviti manusia termasuklah kegiatan ekonomi manusia. Cuaca yang terlampau panas memberi kesan yang besar kepada kegiatan ekonomi pertanian. Hal ini disebabkan cuaca yang panas dapat menyebabkan tumbesaran tanaman yang diusahakan oleh petani terbatut dan menyebabkan pengeluaran terhadap hasil pertanian menurun. Ini dapat dilihat daripada kegiatan pertanian sayur yang terjejas akibat fenomena pemanasan global. Keadaan ini menyebabkan keluaran hasil sayuran menurun berbanding dengan pemintaan terhadap sayuran tinggi. Oleh yang demikian, harga sayur-sayuran dan barang-barang hasil daripada keluaran sayur-sayuran dan makanan di pasaran akan meningkat. Selain itu, Hal ini menyebabkan kos-kos barangan yang lain akan meningkat menyebabkan berlaku inflasi terhadap keluaran pertanian. Hal ini dapat dibuktikan dengan kehilangan bekalan tepung hampir setahun disebabkan kemarau, manakala di Amerika Syarikat dan Eropah, cuaca sejuk juga menyebabkan bijirin tidak dapat dituai menyebabkan harga makanan tersebut meningkat di peringkat global sebanyak 40 peratus pada tahun 2007. Menurut Pertubuhan Pertanian dan Makanan Bangsa-Bangsa Bersatu, keadaan tersebut menimbulkan protes dikalangan negara Myamar , Indonesia , Malaysia dan Pakistan .
Sosial
Pemanasan global juga menyebabkan dampak negatif terhadap sosial manusia. Kemarau akan menyebabkan tanaman- tanaman yang diusahakan oleh manusia musnah dan akan menyebabkan manusia kekurangan makanan. Hal ini menyebabkan masalah kebuluran terhadap manusia.Sebagai contoh, di Afrika berlaku masalah kebuluran kerana penduduk di kawasan tersebut kekurangan makanan.
Keperluan Biodiversiti
Cuaca yang terlampau panas juga boleh menyebabkan berlakunya impak negatif kepada keperluan biodiversiti manusia iaitu menyebabkan keperluan air semasa berkurang. Hal ini disebabkan sejatan terhadap air melebihi air yang turun ke muka bumi. Hal ini dapat dibuktikan dengan dengan di Malaysia, pada Mac 2007 kerajaan negeri Selangor mengadakan catuan air di negeri Selangor berikutan penurunan mendadak aras air di empangan takungan air di Selangor.
Implikasi Pemanasan Global Terhadap Alam Sejagat
Realitinya, pemanasan global dapat menyebabkan implikasi terhadap alam sekitar. Elemen Alam sekitar yang menerima impak daripada pemanasan global ialah geomorfologi bumi, atmosfera, hidrologi global dan biosfera bumi.
Geomoforlogi Bumi
Umumnya pemanasan global menyebabkan banyak dampak negatif terutama dari segi geomofologi bumi atau perubahan fizikal pada bentuk muka bumi. Disebabkan suhu yang terlampau panas menyebabkan pencairan ais di kawasan kutub. Hal ini menyebabkan peningkatan aras laut dan membanjiri kawasan- kawasan rendah seperti negara Belanda dan Bangladesh . Selain itu, dianggarkan bahawa jika litupan salji setebal 1.6 kilometer di benua Antartika mencair, seluruh benua eropah akan tenggelam. Peningkatan aras laut menyebabkan kawasan pinggir pantai akan mudah mengalami kadar hakisan yang giat. Hal ini disebabkan peningkatan aras laut menyebabkan pembentukan ombak pembinasa iaitu hasil daripada peningkatan tenaga kinetik dan peningkatan tenaga potensi pada arus lautan tersebut. Proses hakisan yang giat di pnggir pantai menyebabkan kawasan daratan akan menjadi lebih kecil pada jangkamasa yang panjang. Selain daripada kawasan kutub, pencairan ais di gunung juga turut berlaku akibat daripada pemanasan global. Hal ini akan menyebabkan kejadian glasiar dan runtuhan salji yang giat di kawasan gunung. Sebagai contoh di kawasan gunung-gunung yang berais seperti gunung Everest, Klimanjaro, dan gunung-gunung di banjaran Alps .

Foto 2: Gambar kesan kejadian glasier dan runtuhan salji di pergunungan Peru .
Selain daripada fenomena pencairan ais dan runtuhan salji di kutub dan pergunungan, kejadian pemanasan global juga turut memberi impak kepada gemorfologi bumi melalui proses pergurunan. Fenomena pergurunan merujuk kepada pembesaran saiz gurun yang sedia ada hingga melampaui kawasan pinggirnya atau menukarkan sesuatu kawasan yang sebelum ini bukan gurun kepada ciri-ciri gurun yang tandus dan gersang. Hal ini disebabkan oleh suhu yang semakin panas di gurun terutama pada waktu siang menyebabkan hakisan dan luluhawa yang giat berlaku di gurun. Tekanan udara yang rendah di gurun akibat suhu yang terlampau panas menyebabkan terbentuknya angin yang kencang hasil daripada perbezaan tekanan antara dua tempat. Angin bertiup daripada kawasan bertekanan udara yang tinggi kepada kawasan bertekanan udara yang rendah menyebabkan berlaku hakisan secara hidrual terhadap batu dan pemukaan kepada puin-puin yang kecil. Begitu juga dengan proses luluhawa, cuaca yang panas menyebabkan luluhawa fizikal berlaku. Angin yang kencang akan mengangkut puin-puin hasil daripada proses luluhawa dan hakisan ke kawasan pinggir gurun. Kesannya gurun akan semakin meluas contohnya berlaku di gurun Gobi dan Gurun Sahara akibat fenomena pergurunan yang giat.
Atmosfera
Pemanasan global sememangnya memberi impak yang amat besar kepada atmosfera bumi. Kepanasan yang melampau menyebabkan berlaku fenomena kemarau yang kerap dan lebih panjang. Selain fenomena kemarau, satu kejadian yang tercetus daripada fenomena pemanasan global juga ialah kejadian El-nino. El-nino ialah sejenis ganguan atmosfera dan lautan yang berlaku secara musiman di selatan Lautan Pasifik. Peningkatan suhu di Lautan Pasifik menyebabkan kawasan lautan tersebut bertekanan rendah. Hal ini mnyebabkan udara dari subtropika akan bergerak masuk ke dalam kawasan bertekanan rendah ini. Ini menyebabkan angin timuran yang sepatutnya bergerak ke timur Lautan Pasifik bertukar arah dari timur Lautan Pasifik ke arah barat Lautan Pasifik yang mempunyai tekanan udara yang rendah. Kesanya peningkatan suhu air lautan bersama angin baratan di pantai barat Amerika Selatan menyebabkan peningkatan terhadap kadar kerpasan yang tinggi. Hal ini mengakibatkan hujan turun dengan lebat dan menyebabkan berlaku fenomena banjir di Amerika Selatan. Sebaliknya kawasan-kawasan di Asia Tenggara , Papua New Guinea , Australia yang biasanya menerima hujan yang lebat pada waktu tersebut, tetapi menerima suasana kemarau akibat fenomena El-nino.
Disamping itu, fenomena ribut dan taufan yang berlaku mengikut musim kerap berlaku akibat fenomena pemanasan global. Keadaan tersebut merupakan fenomena berkait rapat dengan angin siklon dan Antisiklon yang melibatkan perubahan tekanan udara akibat pemanasan global. Sebagai contoh, taufan katrina,taufan Rita dan taufan wilma berlaku pada satu musim yang sama di tenggara Amerika Syarikat. Fenomena pemanasan global juga menyebabkan fenomena taufan yang kerap. Hal ini dapat dilihat dengan musim taufan Atlantik yang paling aktif iaitu pada tahun 2005 dengan rekod 26 ribut dan 14 puting beliung di kawasan tersebut.
Selain itu juga, jerebu dan pencemaran udara adalah kesan daripada pemanasan global. Cuaca yang panas dan udara yang kering menyebabkan tekanan udara yang rendah membolehkan angin menerbangkan patikel-patikel kecil seperti habuk, debu, zarah dan bahan pencemar mudah terampai ke udara menyebabkan kabut nipis di ruang atmosfera untuk memerangkap haba. Kesannya keadaan sekeliling akan menjadi kabur. Pencemaran udara juga turut berlaku melalui proses tersebut tetapi jangka masanya lebih panjang berbanding kejadian jerebu. Umumnya, bandar-bandar besar seperti New York , Paris , Beijing dan Jakarta mengalami kemerosotan kualiti udara disebabkan pencemaran udara dan jerebu.
Hidrologi Global
Umumnya, cuaca yang terlampau panas menyebabkan kejadian kemarau berlaku dengan kerap. Hal ini demikian kerana kadar sejatan berlaku dengan cepat dan tinggi berbanding dengan jumlah kerpasan atau hujan yang turun. Kesannya, kawasan tadahan dan simpanan air akan terjejas. Di samping itu, hujan tidak menentu dan banjir juga akan berlaku dengan lebih kerap terutamanya di kawasan bandar. Keadaan sedemikian berlaku kerana kawasan bandar mengalami suhu yang lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya. Oleh itu, tekanan udaranya rendah dan menyebabkan angin dari kawasan tekanan tinggi di sekitarnya membawa awan hujan dan menurunkannya di kawasan bandar. Biasanya, proses tersebut akan menyebabkan banjir kilat. Sebagai contoh, pada 2 Jun 2006, hujan lebat tanpa henti disertai ribut petir mengakibatkan kawasan di sekitar Lembah Kelang, Selangor mengalami banjir kilat.
Biosfera Bumi
Pemanasan global menyebabkan kesan yang menyeluruh terhadap hidupan bumi. Cuaca bumi yang terlampau panas mengancam hidupan flora dan fauna. Proses fotosintesis yang dilakukan oleh tumbuhan akan terjejas disebabkan cahaya matahari yang berlebihan dan air yang berkurangan. Hal ini akan memberi kesan kepada pengguna primer,sekunder dan tetier dalam sesebuah ekosistem. Tambahan pula, kebakaran hutan juga berlaku akibat cuaca yang terlampau panas dan kering. Hal ini akan menyebabkan hidupan flora dan fauna mengalami kepupusan disebabkan kehilangan habitatnya. Hal ini dapat dibuktikan dengan laporan PBB mengangarkan sebanyak 25 hingga 40 peratus spesies flora dan fauna di dunia kehilangan habitat pada 2085 akibat pemanasan global.
Selain itu, hidupan seperti mikroorganisma yang sensitif dengan suhu yang tinggi akibat pemanasan global juga akan terjejas. Bagi mikroorganisma seperti bakteria, suhu yang tinggi dapat memusnahkannya. Keadaan tersebut akan menyebabkan peranan bakteria pengurai lenyap dan keadaan tersebut boleh melumpuhkan sesebuah ekosistem. Hidupan akuatik juga akan terjejas disebabkan suhu air yang terlalu panas. Hal ini kerana plankton yang menjadi sumber makanan ikan hanya boleh hidup dalam persekitaran bersuhu purata 27 hingga 30 darjah celcius bagi kawasan beriklim khatulistiwa. Namun, peningktan suhu akan memusnahkan pertumbuhannya. Keadaan tersebut juga sama bagi terumbu karang yang menjadi habitat hidupan akuatik di kawasan laut. Hal ini akan mempengaruhi kuantiti hidupan laut yang berkurangan.
Rujukan
Zurin M.Zain,2007,PEMANASAN GLOBAL BERAKHIRNYA BUMI, Dewan Masyarakat Jilid 45 Bil.07.
Alan Strahler/Authur Strahler,2003.Introducing Physical Geography,New York : John Wiley &Son,Inc.
Andrew Doudie,1993,The Nature Of The Environment,Oxford Univercity.
“Pemanasan Global”(atas talian) http://www.astromes.com/mft_solaire/m134_pemanasan_global. Dicetak 14 Februari 2009.
“Pemanasan Global”(atas talian) http://www.standarduser.org/bulitin_pengguna/pemanasan_20_% _global. Dicetak 18 Februari 2009.
No comments:
Post a Comment