Bismillahirahmanirahim...

blog ini membincangkan ilmu berkaitan geografi agar dapat dikembangkan dan tidak lapuk di zaman.

Monday, 3 October 2011

Pembentukan Pemanasan Global

Pembentukan fenomena pemanasan global adalah disebabkan daripada pembentukan kejadian penipisan lapisan ozon dan kejadian rumah hijau.
            Fenomena penipisan lapisan ozon terbentuk apabila gas–gas yang menghakis lapisan ozon sepert gas karbon, klorin dan florin dan gabunganya membentuk gas kloroflorokarbon(CFC) atau halokarbon. Walaupun CFC merupakan bahan kimia pemusnah ozon yang utama, terdapat juga bahan kimia seperti aresol, metil kloroform, gas klorin karbon tetraklorida dan nitrogen monoksida yang turut menghakis lapisan ozon. Gas dan bahan kimia tersebut terbentuk hasil daripada aktiviti manusia dan aktiviti semulajadi. Aktiviti manusia merangkumi perindustrian, pengangkutan, perlombongan minyak, pembakaran terbuka dan lain–lain lagi boleh menyumbang kepada pengeluaran gas tersebut. Aktiviti semulajadi pula ialah letusan gunung berapi. Gas kloroforokarbon tersebut naik ke atmosfera secara perlahan pada waktu udara kering dan bertindakbalas dengan gas ultraungu lalu terurai dan menghasilkan atom klorin. Seterusnya atom klorin pula bertindak balas dengan molekul–molekul ozon dan menyebabkan molekul ozon terurai menjadi molekul oksigen dan atom oksigen. Atom oksigen pula bertindak balas dengan klorin dan menghasilkan atom klorin monoksida. Tindakbalas yang berterusan menyebabkan lapisan ozon semakin menyusut. Fenomena lapisan ozon yang paling kerap menipis dapat dibuktikan dengan terdapatnya lubang ozon di kawasan Antartika. Ahli sains juga berpendapat bahawa lapisan ozon di Antartika menipis sebanyak 95% di kawasan Antartika tersebut. Alan Strahler dan Arthur Strahler (1996), 1 % lapisan ozon yang menipis akan membenarkan kemasukan sinaran Ultraungu sebanyak 2 %.( Alan Strahler/Authur Strahler1996:143)
            Selain itu, fenomena pemanasan global juga turut terjadi dengan terbentuknya fenomena pertambahan gas rumah hijau. Secara semulajadinya, gas rumah hijau terbentuk daripada gas karbon dioksida 76%, metana 13%, nitrogen dioksida 6%, dan fluor 5%. Aktiviti manusia dan aktiviti semulajadi meningkatkan pertambahan gas di lapisan selimut gas rumah hijau. Selimut gas rumah hijau membenarkan bahangan dari matahari iaitu dalam bentuk gelombang pendek masuk ke bumi. Namun begitu, selimut gas rumah hijau tidak membenarkan bahangan dari bumi dalam bentuk gelombang panjang keluar ke atmosfera. Ia menyerap bahangan tersebut dan memantul kembali bahangan infrared bumi ke bumi semula. Kesannya, semakin tinggi kandungan gas rumah hijau, jumlah haba yang dipantulkan kembali ke bumi meningkat. Hal sedemikian menyebabkan  ketidakseimbangan bajet haba kerana bumi menerima haba yang lebih tinggi berbanding dengan haba yang keluar dari pemukaan bumi. Bahangan yang tinggi di pemukaan bumi menyebabkan suhu di pemukaan bumi semakin panas. Rajah dibawah menunjukkan pengeluaran gas-gas rumah hijau bagi negara-negara terpilih.
Negara
Tahun
Pembebasan         gas-rumah hijau (juta tan)
Malaysia
1990
1994
138.0
144.0
Thailand
1990
225.0
Australia
1990
572.0
Jepun
1990
1994
1,215.9
1,276.1
Amerika Syarikat
1990
1994
5,895.9
6130.8
Rajah 1
Pembebasan gas rumah hijau oleh negara-negara terpilih
Sumber: Malaysia Initial National Communication (INC), 2000

2 comments:

  1. Lubang pada lapisan ozon di Antartika dah mengecil...February 2012.... pemanasan global dah lama berhenti.... kita dalam fasa menuju global cooling... seorang Saintis Russia Habibulo Abdusamatov menjangkakan dengan mengambil kira aktiviti matahari yang lemah.. era penyejukan bermula 2014.....Maunder minimum terbaru atau Dalton minimum....

    ReplyDelete
  2. dafabet link - Thakasino
    The Dafabet Online Casino was created in 2018 dafabet with 인카지노 the aim of providing the best of bet365 online casino gaming. It has more than 1000 games,

    ReplyDelete